Still Waiting

Dear Journal,

Sabtu.
2.30 Petang.

Erm...semalam seharian Hezdmy tak call aku. Hari ni dah dekat pukul 2.30 petang ni pun dia still tak call atau sms aku. Dah penat aku tunggu. Give up pun ada jugak. Penat sangat ke? Sibuk sangat ke? Takkanlah nak call atau at least sms aku sekejap pun tak boleh? Before balik ke Malaysia hari tu, dia yang janji nak call or perhaps sms aku. Tengoklah sekarang? Janji tinggal janji. Nak marah? Nak merajuk? Huh! Bukan style aku macam tu. Biar sajalah...

Ingat nak keluar dengan Daleyla, tapi rasa macam malas pulak. Nolly pun dah sibuk call ajak keluar jalan-jalan. Tapi hakikatnya, aku malas dan tak ada mood langsung nak keluar. Dari pagi tadi aku memerap ke kat rumah. Actually, I feel ignored by him. Sebab tu mood aku tiba-tiba jadi down. Tapi pelik kan? Tiba-tiba saja aku boleh jadi macam ni. Kelakar pun ada...Sebelum ni, tak pernah pulak aku rasa macam ni. Tiba-tiba saja boleh berperasaan macam ni...erm...

Susah sangat ke dia nak call aku? Aku bukan mintak lebih-lebih, just give a short call atau short sms...Tak perlulah berjela-jela atau call yang meleret-leret. Huh! Sudahlah. Buat serabut saja...

Sincerely,

-Saffiya-

Kepulangan Yang Dinanti

Dear Journal,

Jumaat.
4.30 Petang.

Pasti Hezdmy dah sampai kat rumah. Mungkin tengah berehat atau membayar tidur. Yelah, mesti penat dengan penerbangan yang bukannya dekat. Biarlah dia berehat dulu, aku tak mahu ganggu dia. Tapi jujur aku akui, sebenarnya aku agak tak sabar nak balik rumah tadi. Habis saja kuliah pukul 12.15 tengah hari, aku terus keluar naik teksi dan terus ke stesen KTM. Aku sebenarnya bukan berani sangat nak keluar sorang-sorang. Selalunya aku naik teksi dengan Kak Um dan Komalam. Tapi hari ni, berani pulak aku. Mesti dorang tertanya-tanya kenapa aku tergesa-gesa sangat. Biarlah rahsia dulu. Belum masanya aku nak heboh bagitau kat dorang.

Dah pukul 4.30 petang, takkan tak bangun-bangun lagi? Semalam rasanya di sampai KLIA, pukul 11.00 malam. Sampai rumah dekat pukul 1.00 atau 2.00 pagi kot. Eish! Kenapalah dengan aku ni? Tak boleh sabar langsung! Calm down Saffiya...Tak larinya Hedzmy awak tu!Ha...ha...ha...Itulah, dulu sombong sangat, pandang dia pun buat muka selamba saja. ha, tengoklah sekarang, apa dah jadi? Alah, dulu lain, sekarang lain. Okay!

Tak apalah. Biarlah dia rehat dulu. Kalau dia dah okay tu, mesti dia call atau sms aku. Oklah, aku pun nak rehat ni, petang sikit nak keluar dengan kakak pulak.

Sincerely,

-Saffiya-


Dear Journal,

8.30 Malam

Hezdmy still tak call atau sms aku. Takpelah, mesti dia belum puas berehat tu, penat pun tak hilang lagi. Lagipun, dia dah janji nak call aku, tunggu sajalah. Aku ni pulak yang tak sabar-sabar. Relakslah...

Sincerely,

-Saffiya-

Kisah Bermula Di Sini...

Dear journal,

Khamis.
5.00 Petang.

Tarikh hari ini sangat bermakna dan istimewa bagiku. Dia akan pulang ke tanah air untuk bercuti semester pada hari ini. Setahun kami tidak pernah bersua muka. Cuma kerap berbual di YM dan Skype saja. Saling melihat wajah masing-masing dengan menggunakan webcam. Erm…itulah yang mampu kami lakukan.
Tapi aku rasa kepulangannya kali ini lebih bermakna. Ini adalah kali pertama kami akan bersua muka sebagai pasangan kekasih. Kekasih? Benarkah kami adalah pasangan kekasih? Itulah hakikatnya, aku dan dia bercinta dalam perhubungan jarak jauh! Dia di Korea dan aku di Malaysia. Begitu besar jarak waktu dan tempoh yang memisahkan kami berdua.
Mohd Hedzmy…entah bagaimanalah aku boleh terpikat dan seterusnya bercinta jarak jauh dengannya? Sebelum ini kami tidak pernah kenal rapat, malah jujur aku akui, antara aku dengan Hedzmy kami langsung tak pernah berkawan. Kami bersekolah di sekolah yang berbeza daripada sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.
Kami hanyalah tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Itupun rumah kami tidaklah terlalu hampir. Cuma kami selalu berselisih di jalanan. Itu pun kami hanya bertukar pandangan kosong saja. Tak terkesan pun ketika itu. Masing-masing punyai kehidupan sendiri. Lepas PMR, Hedzmy ditawarkan untuk memasuki Sekolah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Aku pulak terus bersekolah di sekolah lamaku. Lagilah kami jarang bersua muka, malah aku langsung tak ingat pada lelaki bernama Hedzmy.
Selepas tamat SPM, barulah kami selalu bersua muka. Itu pun masih macam dulu, sekadar berbalas padangan kosong saja. Cuma selepas keputusan SPM diumumkan, terselit rasa bangga buat dirinya kerana berjaya melanjutkan pengajian di Seoul National University (SNU). Iyalah, siapa yang tak bangga bila ada anak melayu di kampungku berjaya ke overseas? Aku pula, meyambung pengajian dalam bidang perguruan di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Sama seperti yang aku cita-citakan mahu menjadi seorang guru.
Bermula daripada tahun lepaslah, semuanya bermula. Kami terserempak di jalanan, namun ketika itu masing-masing hanya bertukar pandangan kosong. tetapi masih kuingat sejelas-jelasnya, pertama kali dia tersenyum padaku ketika kami terserempak di kedai. Tarikh itu kupahat kukuh dalam ingatanku. Mana tidaknya, sebelum ini kami langsung tidak pernah berbalas senyum. Baik aku mahupun dia cukup susah nak mengukir senyuman, tapi kali ini dia yang mengukir senyuman, jadi aku dengan senang hati membalasnya (ketika itu, tak ada maksud lain ya!)
Bermula dari detik itu, tiap kali kami terserempak pasti dia akan mengukir senyuman dan kami pun bertukar-tukar senyuman. Sepanjang tempoh seminggu aku bercuti dan seminggu menjalani PBS, banyak kali juga kami terserempak. Erm..kebetulan…
Apa yang membuat memeranjatkan aku, sehari sebelum aku kembali ke kampus, aku terserempak dengan satu-satunya adik Hedzmy, Helissa. Selepas menyapaku, bersahaja dia berkata :
“Kak, boleh bagi email ke? YM ke? Skype ke?”
Aku pulak, siap boleh tanya kenapa dan Helissa menjawab ringkas dengan sengihannya, “Abang nak.”
Dalam rasa terkejut, aku berikan jugak. Sekadar menambah kenalan kan? Tak ada maksud tersirat okay! Bagaimana kami boleh saling jatuh hati?
Nantilah aku catatkan disini. Cukuplah yang aku katakan, tempoh setahun selepas tarikh kepulangannya tahun lepas, membuatkan aku lebih kenal siapa Hedzmy sebenarnya…

Sincerely,

-Saffiya-