Kisah Bermula Di Sini...

Dear journal,

Khamis.
5.00 Petang.

Tarikh hari ini sangat bermakna dan istimewa bagiku. Dia akan pulang ke tanah air untuk bercuti semester pada hari ini. Setahun kami tidak pernah bersua muka. Cuma kerap berbual di YM dan Skype saja. Saling melihat wajah masing-masing dengan menggunakan webcam. Erm…itulah yang mampu kami lakukan.
Tapi aku rasa kepulangannya kali ini lebih bermakna. Ini adalah kali pertama kami akan bersua muka sebagai pasangan kekasih. Kekasih? Benarkah kami adalah pasangan kekasih? Itulah hakikatnya, aku dan dia bercinta dalam perhubungan jarak jauh! Dia di Korea dan aku di Malaysia. Begitu besar jarak waktu dan tempoh yang memisahkan kami berdua.
Mohd Hedzmy…entah bagaimanalah aku boleh terpikat dan seterusnya bercinta jarak jauh dengannya? Sebelum ini kami tidak pernah kenal rapat, malah jujur aku akui, antara aku dengan Hedzmy kami langsung tak pernah berkawan. Kami bersekolah di sekolah yang berbeza daripada sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.
Kami hanyalah tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Itupun rumah kami tidaklah terlalu hampir. Cuma kami selalu berselisih di jalanan. Itu pun kami hanya bertukar pandangan kosong saja. Tak terkesan pun ketika itu. Masing-masing punyai kehidupan sendiri. Lepas PMR, Hedzmy ditawarkan untuk memasuki Sekolah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Aku pulak terus bersekolah di sekolah lamaku. Lagilah kami jarang bersua muka, malah aku langsung tak ingat pada lelaki bernama Hedzmy.
Selepas tamat SPM, barulah kami selalu bersua muka. Itu pun masih macam dulu, sekadar berbalas padangan kosong saja. Cuma selepas keputusan SPM diumumkan, terselit rasa bangga buat dirinya kerana berjaya melanjutkan pengajian di Seoul National University (SNU). Iyalah, siapa yang tak bangga bila ada anak melayu di kampungku berjaya ke overseas? Aku pula, meyambung pengajian dalam bidang perguruan di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban. Sama seperti yang aku cita-citakan mahu menjadi seorang guru.
Bermula daripada tahun lepaslah, semuanya bermula. Kami terserempak di jalanan, namun ketika itu masing-masing hanya bertukar pandangan kosong. tetapi masih kuingat sejelas-jelasnya, pertama kali dia tersenyum padaku ketika kami terserempak di kedai. Tarikh itu kupahat kukuh dalam ingatanku. Mana tidaknya, sebelum ini kami langsung tidak pernah berbalas senyum. Baik aku mahupun dia cukup susah nak mengukir senyuman, tapi kali ini dia yang mengukir senyuman, jadi aku dengan senang hati membalasnya (ketika itu, tak ada maksud lain ya!)
Bermula dari detik itu, tiap kali kami terserempak pasti dia akan mengukir senyuman dan kami pun bertukar-tukar senyuman. Sepanjang tempoh seminggu aku bercuti dan seminggu menjalani PBS, banyak kali juga kami terserempak. Erm..kebetulan…
Apa yang membuat memeranjatkan aku, sehari sebelum aku kembali ke kampus, aku terserempak dengan satu-satunya adik Hedzmy, Helissa. Selepas menyapaku, bersahaja dia berkata :
“Kak, boleh bagi email ke? YM ke? Skype ke?”
Aku pulak, siap boleh tanya kenapa dan Helissa menjawab ringkas dengan sengihannya, “Abang nak.”
Dalam rasa terkejut, aku berikan jugak. Sekadar menambah kenalan kan? Tak ada maksud tersirat okay! Bagaimana kami boleh saling jatuh hati?
Nantilah aku catatkan disini. Cukuplah yang aku katakan, tempoh setahun selepas tarikh kepulangannya tahun lepas, membuatkan aku lebih kenal siapa Hedzmy sebenarnya…

Sincerely,

-Saffiya-


No comments:

Post a Comment