Kepulangan Yang Dinanti

Dear Journal,

Jumaat.
4.30 Petang.

Pasti Hezdmy dah sampai kat rumah. Mungkin tengah berehat atau membayar tidur. Yelah, mesti penat dengan penerbangan yang bukannya dekat. Biarlah dia berehat dulu, aku tak mahu ganggu dia. Tapi jujur aku akui, sebenarnya aku agak tak sabar nak balik rumah tadi. Habis saja kuliah pukul 12.15 tengah hari, aku terus keluar naik teksi dan terus ke stesen KTM. Aku sebenarnya bukan berani sangat nak keluar sorang-sorang. Selalunya aku naik teksi dengan Kak Um dan Komalam. Tapi hari ni, berani pulak aku. Mesti dorang tertanya-tanya kenapa aku tergesa-gesa sangat. Biarlah rahsia dulu. Belum masanya aku nak heboh bagitau kat dorang.

Dah pukul 4.30 petang, takkan tak bangun-bangun lagi? Semalam rasanya di sampai KLIA, pukul 11.00 malam. Sampai rumah dekat pukul 1.00 atau 2.00 pagi kot. Eish! Kenapalah dengan aku ni? Tak boleh sabar langsung! Calm down Saffiya...Tak larinya Hedzmy awak tu!Ha...ha...ha...Itulah, dulu sombong sangat, pandang dia pun buat muka selamba saja. ha, tengoklah sekarang, apa dah jadi? Alah, dulu lain, sekarang lain. Okay!

Tak apalah. Biarlah dia rehat dulu. Kalau dia dah okay tu, mesti dia call atau sms aku. Oklah, aku pun nak rehat ni, petang sikit nak keluar dengan kakak pulak.

Sincerely,

-Saffiya-


Dear Journal,

8.30 Malam

Hezdmy still tak call atau sms aku. Takpelah, mesti dia belum puas berehat tu, penat pun tak hilang lagi. Lagipun, dia dah janji nak call aku, tunggu sajalah. Aku ni pulak yang tak sabar-sabar. Relakslah...

Sincerely,

-Saffiya-

No comments:

Post a Comment